Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara (INSPEN) Tahun 2024
Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara
Maklumat Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 |
Bidang Kepakaran | Pengajian Islam |
Kumpulan Perkhidmatan | Pengurusan dan Profesional |
Klasifikasi Perkhidmatan | Pendidikan (D) |
Taraf Jawatan | Kontrak (Contract Of Service) |
Lokasi Penempatan | Institut Penilaian Negara (INSPEN) |
Jadual Gaji | RM 2,188.00 – RM 9,552.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 21 Oktober 2024 (Isnin) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Membuktikan tahap kecemerlangan akademik.
- Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Khas
Calon lantikan Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara ini hendaklah memenuhi syarat-syarat khas seperti ketetapan yang berikut:
- Memperoleh kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Syariah Islamiah, Bahasa Arab, Al-Quran dan Sunnah, Usuluddin atau yang setaraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan, universiti luar negara atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Cemerlang dalam bidang kepakaran berkaitan dengan minimum CGPA 3.00 dan ke atas.
- Bidang kepakaran / pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Pengajian Islam
- Komputer
- Pengajian Malaysia
Syarat Tambahan
Calon lantikan Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara ini hendaklah memenuhi syarat-syarat tambahan seperti ketetapan yang berikut:
- Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
- Tempoh pembaharuan kontrak adalah bagi setiap dua (2) tahun tertakluk kepada syarat berkuat kuasa.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar kepada e-mel [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan dan pemohon dikehendaki menyertakan salinan yang telah disahkan seperti berikut:
- Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat pendidikan dan pengalaman kerja, tahap kemahiran komputer, anugerah yang pernah diterima, sumbangan kepada masyarakat / komuniti dan maklumat lain yang relevan.
- Gambar Berukuran Pasport.
- Salinan Sijil Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Salinan Ijazah Sarjana Muda.
- Salinan Transkrip Akademik.
- Salinan Sijil-Sijil Berkaitan.
Permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap dan tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.
Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi Oktober 2024,
- Jawatan Kosong JKR Oktober 2024,
- Jawatan Kosong MARA Oktober 2024,
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 2024,
- Jawatan Kosong Universiti Islam Selangor (UIS) 2024,
- Jawatan Kosong KWAP 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.