Pengambilan Jawatan Kosong ISN Bagi Tahun 2024
Jawatan Kosong ISN kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong ISN
Maklumat Jawatan Kosong ISN adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Psikologi Sukan Gred 41 | Contract For Service | RM 2,078.00 – RM 9,544.00 | 8 Februari 2024 |
Pegawai Suaian Fizikal Gred 41 | Contract For Service | RM 2,078.00 – RM 9,544.00 | 8 Februari 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong ISN hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Psikologi Sukan Gred 41
Calon lantikan Jawatan Kosong ISN hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Memiliki Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda dalam Psikologi atau bidang berkaitan seperti Psikologi Pendidikan, Psikologi Sukan, atau Psikologi Organisasi daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam kerjaya Psikologi Sukan dan mempunyai interaksi secara langsung bersama jurulatih dan atlet.
- Berkemahiran dalam penyediaan latihan untuk meningkatkan kesejahteraan mental, menyediakan panduan dalam pengurusan stres, dan memberikan sokongan dalam menangani isu-isu psikologi seperti tekanan emosi, dan gangguan kecemasan dalam sukan.
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang psikologi. Ini termasuk pemahaman yang mendalam tentang teori-teori psikologi, kemahiran dalam penilaian psikologi, dan kemahiran kaunseling.
- Berkemahiran dalam penyelidikan dan pembangunan program psikologi sukan untuk meningkatkan prestasi atlet.
- Berkemahiran untuk menyediakan perkhidmatan penilaian psikologi, kaunseling, dan sokongan kepada individu dan kumpulan.
- Berkemahiran dalam pengurusan data dengan menggunakan perisian (Microsoft Office, SPSS, dan setaraf dengannya).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon:
- Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat.
- Memiliki kredibiliti sebagai pemimpin, berdisiplin, bermotivasi tinggi, serta mempunyai pemikiran yang matang dan profesional.
- Mengamalkan nilai-nilai integriti, kerja berpasukan, kreatif dan berinovasi.
Jawatan Pegawai Suaian Fizikal Gred 41
Calon lantikan Jawatan Kosong ISN hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Memiliki Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda dalam Sains Sukan atau bidang berkaitan seperti Sains Senaman, Pendidikan (Sains Sukan) atau Sains Kesihatan dan latihan, daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam kerjaya Sains Sukan dan latihan dan mempunyai interaksi secara langsung bersama jurulatih dan atlet.
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang Suaian Fizikal. Ini termasuk teknik-teknik latihan suaian fizikal, pemahaman tentang analisis keperluan atlet, kajian literatur, mereka bentuk program suaian fizikal dan pemantauan latihan.
- Berkemahiran dalam melaksanakan ujian kekuatan, dan juga mengunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan atlet.
- Mempunyai kemahiran asas dalam pengurusan data dan penggunaan perisian yang berkaitan (Mircosoft Excel, PowerBI dan setaraf dengannya).
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam teknologi-teknologi yang berkaitan dalam bidang suaian fizikal.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon:
- Memiliki persijilan berkaitan dengan bidang suaian fizikal seperti Australian Strength & Conditioning Association (ASCA Level I or II) atau Certified Strength & Conditioning Specialist (CSCS).
- Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat.
- Memiliki kredibiliti sebagai pemimpin, berdisiplin, bermotivasi tinggi, serta mempunyai pemikiran yang matang dan profesional.
- Mengamalkan nilai-nilai integriti, kerja berpasukan, kreatif dan berinovasi.
- Bersedia untuk ditempatkan di Kompleks Sukan MSN di Nilai, Negeri Sembilan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dan terkini dengan menyertakan SALINAN dokumen-dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Kelahiran.
- Sijil-Sijil Kelayakan Akademik termasuk Skrol dan Transkrip Akademik terperinci (SPM dan kelayakan dari Universiti / Kolej).
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.
- Penyata Gaji Terkini (jika bekerja).
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
Permohonan yang lengkap perlu diemel kepada E-me [email protected] (Untuk Perhatian: Puan Chitra Devi Arumugam).
Permohonan yang tidak lengkap / lewat / tidak memenuhi syarat TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong PERDA 2024,
- Temuduga Terbuka DBKL 2024,
- Jawatan Kosong Risda Estates 2024,
- Jawatan Kosong HUITM 2024,
- Jawatan Kosong UTEM 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong ISN yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.