Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong IYRES 2024

Jawatan Kosong IYRES 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong IYRES 2024

Maklumat Jawatan Kosong IYRES 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanEksekutif Komunikasi Korporat Gred S41
Taraf JawatanContract for Service
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan dan Profesional
Lokasi PenempatanInstitut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Jadual GajiGaji Permulaan Gred S41: RM 2,078.00
Jumlah KekosonganSatu (1)
Tarikh Tutup Permohonan31 Januari 2024 (Rabu)
Jawatan Kosong IYRES 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong IYRES 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Keutamaan atau kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan bahasa ketiga dalam menulis dan bertutur dan calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam perhubungan awam.
Pengambilan Jawatan Kosong IYRES 2024 1
Jawatan Kosong IYRES 2024

Deskrepsi Tugas

  • Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti / perancangan tahunan komunikasi korporat IYRES.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana kunjungan hormat pihak luar.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana berita berkaitan aktiviti / program IYRES di Portal IYRES dan KBS.
  • Merancang dan menyelaras berita / artikel berkaitan IYRES di media (cetak / elektronik / atas talian).
  • Merancang dan menyelaras media sosial IYRES.
  • Merancang dan menyelaras pengurusan media dan promosi program IYRES.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana wawancara di media elektronik / cetak.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana Perhimpunan Mesra Bulanan IYRES.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana aduan-aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan IYRES.
  • Menyelaras Jawatakuasa Portal Peringkat IYRES.
  • Merancang dan menyelaras pameran IYRES kepada orang awam.
  • Merancang dan menyelaras Pemasaran IYRES.
  • Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan IYRES dan bertanggungjawab menghadiri mesyuarat pengurusan secara berkala.
  • Menerima dan menjalankan arahan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong ini boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Resume.
  2. Salinan Sijil Kelahiran.
  3. Salinan Kad Pengenalan.
  4. Salinan Ijazah Sarjana Muda.
  5. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan).
  6. Salinan Sijil-Sijil Kokurikulum.
  7. Borang Permohonan Perjawatan.

Setiap salinan Sijil / Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan / Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung).

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan jika,

  • Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan.
  • Salinan Sijil / Dokumen tidak disahkan seperti yang dinyatakan diatas.
  • Tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam iklan penuh permohonan.

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

Permohonan secara atas talian adalah tidak dibenarkan. Permohonan secara bercetak perlu dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad dan pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong IYRES 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong IYRES 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong IYRES 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More