Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar Tahun 2024

Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan Dan Profesional
Kementerian / JabatanJabatan Alam Sekitar
Jumlah Kekosongan16
Jumlah Simpanan65
Tarikh Tutup Permohonan26 Ogos 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Ekologi, Fizik, Kimia Hayat, Kaji Hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,317.00); atau
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Alam Sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,420.23); atau
  5. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: RM2,524.01).
  6. Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar Tahun 2024 1

Keperluan Bidang

Keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar ini adalah seperti berikut:

  1. Bioteknologi Sumber.
  2. Kejuruteraan Awam.
  3. Kejuruteraan Alam Sekitar.
  4. Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar).
  5. Kejuruteraan Awam dan Persekitaran.
  6. Kejuruteraan Kimia.
  7. Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar.
  8. Kejuruteraan Mekanikal.
  9. Kimia (Analisis Forensik).
  10. Kimia Analisis dan Persekitaran.
  11. Kimia Gunaan (Applied Chemistry).
  12. Kimia Industri.
  13. Pengurusan Alam Sekitar.
  14. Sains (Alam Sekitar).
  15. Sains dan Pengurusan Alam Sekitar.
  16. Sains dan Teknologi Alam Sekitar.
  17. Sains Sekitaran.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian / Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat Skim Perkhidmatan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 26 Ogos 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More