Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara Tahun 2024

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Jumlah Kekosongan82
Jumlah Simpanan228
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan Dan Profesional
Jadual GajiRM 2,315.00 – RM 9,618.00
Kementerian / JabatanJabatan Digital Negara
Tarikh Tutup Permohonan18 November 2024
Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara ini hendaklah memiliki kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41: RM2,315.00); atau
  4. Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41: RM2,833.78); atau
  5. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41: RM3,145.11).
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  7. Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
  • Kejuruteraan Perisian;
  • Pembangunan Sistem;
  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian dan Kepintaran);
  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian);
  • Sains Komputer (Kepintaran Buatan);
  • Sains Komputer (Pembangunan Perisian);
  • Sains Komputer (Sistem Cerdas);
  • Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan);
  • Teknologi Maklumat (Sistem Cerdas); atau
  • Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara Tahun 2024 1
Syarat lantikan ke jawatan ini di semua peringkat urusan pengambilan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Cara Permohonan

Permohonan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 18 November 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More