Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Tahun 2024

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara (AGC) kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Undang-Undang Gred L41
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Jumlah Kekosongan18
Jumlah Simpanan150
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan Dan Profesional
Kementerian / JabatanJabatan Peguam Negara Dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
Jadual GajiRM 2,418.00 – RM 9,607.00
Tarikh Tutup Permohonan9 September 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
  4. Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
  5. Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
  6. Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); dan
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  8. Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang Undang-Undang.
  9. Keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kelayakan berikut:
  • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas; atau
  • Kelas 2 Tinggi dan ke atas (bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang tidak menggunakan PNGK sahaja); atau
  • PNGK 2.99 dan ke bawah / Kelas 2 Rendah dan ke bawah dengan memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran / Doktor Falsafah dalam bidang Undang-Undang; dan
  • Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Tahun 2024 1

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 9 September 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More