Pengambilan 25 Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia atau Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penerbit Rancangan Gred B41 | 20 | 35 | Jabatan Penyiaran Malaysia (Semenanjung) | 4 September 2024 |
Penerbit Rancangan Gred B41 | 5 | 17 | Jabatan Penyiaran Malaysia (Sarawak) | 4 September 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan / atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain. (Gaji Permulaan Gred B41: RM2095.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred B41: RM2095.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred B41: RM2302.30).
Keperluan Bidang
Keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia ini adalah seperti berikut:
- Komunikasi.
- Komunikasi (Filem Dan Penyiaran).
- Komunikasi (Pengajian Skrin).
- Komunikasi (Pengurusan Media).
- Komunikasi (Radio Dan Televisyen).
- Komunikasi (Televisyen Dan Filem).
- Komunikasi dan Media.
- Komunikasi dan Pengajian Media.
- Komunikasi Massa.
- Komunikasi Massa (Penerbitan).
- Komunikasi Massa (Penyiaran).
- Komunikasi Massa (Kewartawanan).
- Komunikasi Penyiaran Islam.
- Komunikasi / Sebaran Am.
- Journalism / Kewartawanan.
- Kewartawanan dan Sains Politik.
- Journalism & Broadcasting (Kewartawan & Penyiaran).
- Penyiaran dan Perfileman.
- Sebaran Am – Kewartawanan.
- Sebaran Am – Penyiaran.
- Linguistik dan Komunikasi.
- Linguistik Melayu, Penulisan & Kewartawanan.
- Penyiaran & Penerangan Agama Islam (Sebaran Am).
- Komunikasi Media Baharu.
- Komunikasi Multimedia.
- Media Digital.
- Multimedia dan Komunikasi.
- Pengajian Media.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 4 September 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41 (SEMENANJUNG)<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41 (SARAWAK)<<<
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 2024,
- Jawatan Kosong Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2024,
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 202/2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) September 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Penyiaran Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.