Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2024

Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPembantu Perikanan Gred G19
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Jumlah Kekosongan10
Semenanjung: 7
Sarawak: 3
Jumlah Simpanan60
Semenanjung: 40
Sarawak: 20
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Kementerian / JabatanJabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung Dan Sarawak)
Tarikh Tutup Permohonan19 September 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  4. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  6. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
  7. Terbuka kepada calon anak negeri Sarawak bagi lokaliti Sarawak.
  8. Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 21. Pembantu Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan.
2. Operasi Akuakultur Marin.
3. Juruteknik Rendah Perikanan.
4. Pembantu Nakhoda Pukat Jerut.
5. Juruteknik Rendah Akuakultur.
Senarai Keperluan Bidang SKM Bagi Calon SPM Yang Memiliki SKM Tahap 31. Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan Persisir.
2. Penyeliaan Operasi Akuakultur Marin.
3. Juruteknik Perikanan.
4. Nakhoda Pukat Jerut.
5. Juruteknik Akuakultur (Marin).
6. Juruteknik Akuakultur (Ikan).
7. Juruteknik Akuakultur (Moluska).
8. Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan.
9. Operasi Perikanan Tangkapan.
Senarai Keperluan Bidang Bagi Calon SVM1. Mekanisasi Agro.
2. Akuakultur.
3. Perikanan Tangkapan.
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2024 1
Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 19 September 2024, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Perikanan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More