Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong JAIS 2024: Kekosongan Sehingga 80 Jawatan

Jawatan Kosong JAIS 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong JAIS 2024

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganKeperluanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (Pengurus)Kontrak (Contract Of Service)20LelakiRM 2,078.00 – RM 9,544.0028 Mei 2024
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
(Penolong Pengurus)
Kontrak (Contract Of Service)20LelakiRM 1,493.00 – RM 5,672.0028 Mei 2024
Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
(Pembantu Pengurus)
Kontrak (Contract Of Service)40LelakiRM 1,352.00 – RM 4,003.0028 Mei 2024
Jawatan Kosong JAIS 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIS 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  3. Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  4. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
  5. Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (1), (2) atau (3) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
  6. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  7. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong JAIS 2024: Kekosongan Sehingga 80 Jawatan 1
Jawatan Kosong JAIS 2024

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 (Pengurus)

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIS 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,078.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang berkemahiran dalam Qiraah Al-Quran secara tartil dan bertajwid menepati standard yang ditetapkan.

Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Penolong Pengurus)

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIS 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (Pembantu Pengurus)

Calon lantikan Jawatan Kosong JAIS 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

  • Laman web rasmi Jabatan Agama Islam Selangor melalui pautan https://www.jais.gov.my/; atau
  • Kaunter Jabatan Agama Islam Selangor di alamat:

Jabatan Agama Islam Selangor,
Aras Bawah (G),
Bangunan Sultan Idris Shah,
40676 Shah Alam

  • Kaunter Unit Pengurusan Sumber Manusia di alamat:

Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 1, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Iris Shah,
40676 Shah Alam

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan

  1. sekeping gambar berukuran pasport,
  2. salinan kad pengenalan,
  3. salinan kad pengenalan ibu dan bapa,
  4. salinan sijil kelahiran pemohon,
  5. sijil-sijil persekolahan, dan
  6. lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semua Salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan keatas.

Nama dan jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sebelah atas kiri sampul surat dan permohonan hendaklah dihantar kepada alamat seperti berikut:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5,
40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

sebelum atau pada 28 Mei 2024 (Selasa), jam 12.00 tengahari.

Permohonan yang berikut akan ditolak / tidak akan diproses jika:

  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar; dan
  • tidak ditandatangani.

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong JAIS 2024: Kekosongan Sehingga 80 Jawatan 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong JAIS 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JAIS 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More