Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong JKNT 2024

Jawatan Kosong JKNT 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Unit Pendidikan Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (UPK, JKNT) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong JKNT 2024

Maklumat Jawatan Kosong JKNT 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Penerangan (Kecergasan / Aktiviti Fizikal) Gred S41 Personal MySTEP
Jumlah KekosonganTiga (3)
Lokasi Penempatan1. Wellness Hub Terengganu (Daerah Kuala Nerus)
2. Wellness Hub Kerteh Dan Pasir Gajah (Daerah Kemaman)
GajiRM 2,100.00 Sebulan
Kemudahan1. Cuti Rehat
2. Cuti Sakit
3. Caruman KWSP
4. Caruman PERKESO
Tarikh Tutup Permohonan18 Januari 2024 (Khamis)
Jawatan Kosong JKNT 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong JKNT 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan / Bidang Sains Sukan / Kesihatan Kecergasan / Pengurusan Sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan setara.
  4. Sihat tubuh badan dan mempunyai Jisim Tubuh Badan (BMI) Unggul, tidak merokok atau vape, lengkap vaksinasi, berdikari, berdisiplin, patuh masa dan berinisiatif tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan.
  5. Memiliki kemahiran dan pengalaman mengendalikan aktiviti fizikal / kecergasan dan senaman bersama komuniti.
  6. Mempunyai kemahiran insaniah yang baik – komunikasi efektif, boleh bekerja dalam kumpulan, efisien dalam setiap tugas yang diberikan.
  7. Boleh bekerja diluar kawasan sekiranya diarahkan dan bekerja lebih masa di hari minggu (Jumaat – Sabtu), termasuk cuti umum.
  8. Berkebolehan dalam menghasilkan bahan promosi kesihatan di Wellness Hub (Poster, Pamplet, Bunting, Banner, Video Interaktif).
Pengambilan Jawatan Kosong JKNT 2024 1
Jawatan Kosong JKNT 2024

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Resume beserta gambar pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil yang berkenaan ke alamat e-mel [email protected].

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong JKNT 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong JKNT 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JKNT 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More