Pengambilan Jawatan Kosong JPNIN Bagi Tahun 2024
Jawatan Kosong JPNIN kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong JPNIN
Maklumat Jawatan Kosong JPNIN adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pembantu Pendidik Taska Genius Perpaduan Gred S19 |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Jumlah Kekosongan | 1 |
Kumpulan Perkhidmatan | Pelaksana |
Agensi | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor |
Lokasi Penempatan | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor |
Jadual Gaji | RM1,352.00 – RM4,003.00 |
Elaun Tambahan | – Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00 – Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM95.00 – Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH): RM200.00 – RM350.00 (mengikut kawasan) |
Tarikh Tutup Permohonan | 12 Februari 2024 (Isnin) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong JPNIN hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor sahaja.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan seperti berikut:
- Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan SPM; atau
- Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Deskripsi tugas bagi jawatan di atas adalah seperti berikut:
- Bekerjasama dengan Ketua Pendidik menjaga keharmonian Taska Genius Perpaduan (TGP).
- Mengemas dan menjaga kebersihan dapur, tandas serta ruang dalam dan luar TGP.
- Membantu menjaga dan mengasuh anak.
- Membantu melaksanakan program rasmi di peringkat Daerah / Bahagian / Negeri.
- Membantu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti setempat.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor.
Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan
- gambar terkini (berukuran passport),
- salinan Mykad,
- salinan Sijil Kelahiran,
- salinan Sijil Berhenti Sekolah,
- salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
- Sijil Digital Vaksinasi Covid19, serta
- dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut turutan.
Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM
Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK jika
- TIDAK lengkap / TIDAK jelas.
- TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
- TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- TIDAK menandatangani borang permohonan.
- TIDAK mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.
Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong PERDA 2024,
- Jawatan Kosong ISN 2024,
- Temuduga Terbuka DBKL 2024,
- Jawatan Kosong Risda Estates 2024,
- Jawatan Kosong HUITM 2024,
- Jawatan Kosong UTEM 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JPNIN yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.