Pengambilan Jawatan Kosong JPNIN 2024 Kini Dibuka
Jawatan Kosong JPNIN 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong JPNIN 2024
Maklumat Jawatan Kosong JPNIN 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Guru Tabika Perpaduan Gred S29 |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Jumlah Kekosongan | Lapan (8) |
Agensi | Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor |
Lokasi Kekosongan | Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor |
Kumpulan Perkhidmatan | Sokongan |
Jadual Gaji | RM1,493.00 – RM5,672.00 |
Elaun Tambahan | 1. Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00 2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160.00 3. Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH): RM200.00 – RM350.00 (mengikut kawasan) |
Tarikh Tutup Permohonan | 19 Januari 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong JPNIN 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi Malaysia atau yang setaraf (Gaji Permulaan: RM1770.95).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor sahaja.
Deskrepsi Tugas Jawatan Kosong
- Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) setiap hari mengikut kurikulum yang ditetapkan.
- Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan merangsang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar.
- Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugastugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my.
Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Borang Permohonan hendaklah disertakan
- Gambar Terkini Berukuran Pasport.
- Salinan Mykad.
- Salinan Sijil Kelahiran,.
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
- Salinan Sijil Diploma dalam bidang Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta Transkrip Akademik).
- Cetakan Slip Pengiktirafan MQA.
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Sijil Vaksinasi Covid-19.
- Dokumen – Dokumen Sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut turutan.
Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Yayasan Peneraju Januari 2024,
- Jawatan Kosong MPPengerang 2024,
- Pengambilan PSSTLDM Januari 2024,
- Jawatan Kosong JKNT 2024,
- Jawatan Kosong UMT 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong JPNIN 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.
Selamat Berjaya!