Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KEMAS 2024
Jawatan Kosong KEMAS 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong KEMAS 2024
Maklumat Jawatan Kosong KEMAS 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 |
Taraf Jawatan | Kontrak (Contract Of Service) |
Jumlah Kekosongan | 10 |
Gelaran Jawatan Mengikut Bidang | Bidang Pendidikan Kemahiran 1. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Dandanan Diri (1 Kekosongan) 2. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Jahitan (1 Kekosongan) 3. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Masakan (1 Kekosongan) 4. Pemaju Masyarakat Pendidikan Seni Tangan (1 Kekosongan) 5. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (1 Kekosongan) 6. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Literasi Komputer (1 Kekosongan) Bidang Pembangunan Komuniti 1. Pemaju Masyarakat Bina Insan (1 Kekosongan) 2. Pemaju Masyarakat Ekonomi Desa (1 Kekosongan) 3. Pemaju Masyarakat Pusat Sumber (1 Kekosongan) Bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran 1. Pemaju Masyarakat Khas / Pengurusan (1 Kekosongan) |
Jabatan / Bahagian | Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah |
Jadual Gaji | RM 1,352.00 – RM 4,003.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 30 April 2024 (Selasa) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong KEMAS 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kelebihan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Pegawai Latihan Vokasional (VTO) dan sijil berkaitan mengikut bidang gelaran jawatan.
- Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan.
- Indeks jisim tubuh (BMI) tidak melebihi 3.00.
- Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
Kriteria Tambahan Mengikut Gelaran Jawatan
Berikut adalah kriteria-kriteria tambahan mengikut gelaran jawatan bagi jawatan kosong di KEMAS yang terkini.
Jenis Bidang | Gelaran Jawatan | Kriteria Tambahan |
---|---|---|
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Dandanan Diri | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Seni Solekan – Perkhidmatan Estetik Terapi Kecantikan – Jurugaya Rambut |
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Jahitan | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Pembuatan pakaian wanita – Pembuatan pakaian lelaki |
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Masakan | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang penyediaan dan pemprosesan makanan khususnya melibatkan: – Kulinari – Bakeri – Pastri – Pengurusan Katering |
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Seni Tangan | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Ukiran Kayu – Anyaman Rotan Gubahan – Seni Khat |
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Pengucapan awam (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris) – Mahir menggunakan komputer dan teknologi berkaitan – Berpengetahuan tentang isu semasa |
Bidang Pendidikan Kemahiran | Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Literasi Komputer | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Reka Bentuk Multimedia (animasi & visual) – Perisian Microsoft Office |
Bidang Pembangunan Komuniti | Pemaju Masyarakat Bina Insan | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Sijil Pelajaran Malaysia (Aliran Agama) atau 4 Thanawi – Perisian Microsoft Office – Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid |
Bidang Pembangunan Komuniti | Pemaju Masyarakat Ekonomi Desa | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Perisian Microsoft Office – Kemahiran Reka bentuk perniagaan – Pemasaran (poster grafik dan video promosi) – Kemahiran Digital – Kemahiran pengurusan program / projek yang baik – Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Memiliki sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. |
Bidang Pembangunan Komuniti | Pemaju Masyarakat Pusat Sumber | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Perisian Microsoft Office – Pengucapan awam |
Bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran | Pemaju Masyarakat Khas / Pengurusan | Berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang: – Perisian Microsoft Office |
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian pada Sistem Pengambilan KEMAS pada atau sebelum 30 April 2024.
Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) jawatan sahaja mengikut jawatan yang diiklankan.
Permohonan lewat atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja akan diproses.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong JPNIN 2024,
- Jawatan Kosong TNB 2024,
- Jawatan Kosong USIM 2024,
- Jawatan Kosong JHEAT 2024,
- Jawatan Kosong JPN 2024,
- Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024,
- Pengambilan SPP 2024,
- Pengambilan TLDM Siri 228/24,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KEMAS 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.