Sehingga 40 Kekosongan Jawatan Kosong KKM 2024
Jawatan Kosong KKM 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Jawatan Kosong KKM 2024
Maklumat Jawatan Kosong KKM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 |
Kementerian | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Semenanjung |
Taraf Pelantikan | Calon Lantikan Baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap. |
Kumpulan Perkhidmatan | Kumpulan Pelaksana |
Jumlah Kekosongan | 40 |
Jumlah Simpanan | 80 |
Tarikh Tutup Permohonan | 21 Februari 2024 (Rabu) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong KKM 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N19: RM1,464.80); dan
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
Keperluan Tambahan
Keperluan tambahan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Calon bukan daripada kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU).
- Calon mempunyai Body Mass Index (BMI) julat antara 19 hingga 30.
- Calon sihat tubuh badan, tidak mempunyai masalah obesiti dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang sederhana atau tidak terkawal.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 21 Februari 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UTM 2024,
- Jawatan Kosong TABUNG HAJI 2024,
- Jawatan Kosong PKNNS 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KKM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.