Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kekosongan Sehingga 3,228 Jawatan Kosong KKM 2025

Jawatan Kosong KKM 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong KKM 2025

Maklumat Jawatan Kosong KKM 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJururawat Gred U5
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Jumlah Kekosongan3,228
Jumlah Simpanan5,302
Kumpulan PerkhidmatanKumpulan Pelaksana
Klasifikasi PerkhidmatanDiploma Kejururawatan / Sains Kejururawatan
Kementerian / JabatanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Lokasi Penempatan– Lembah Klang (Selangor / Kuala Lumpur)
– Pulau Pinang
– Johor
– Sabah
– Sarawak
Tarikh Tutup Permohonan12 Februari 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KKM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Hanya calon yang memenuhi keperluan tambahan seperti yang diperincikan di bawah layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan, iaitu:
  • Memperoleh Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan.
  • ⁠Mencapai CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas.
  • ⁠Memiliki Surat Pengekalan Nama (RON) atau Sijil Pengamalan Tahunan (APC) yang masih sah pada tahun semasa iaitu tahun 2025 yang dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • ⁠Graduan Diploma dalam bidang Kejururawatan yang tidak bekerja sebagai Jururawat dalam tempoh lima (5) tahun perlu mempunyai RON.
  • ⁠Graduan Diploma dalam bidang Kejururawatan yang menamatkan pengajian pada tahun 2024 dan 2025 dikecualikan RON dan APC.
  • ⁠Had umur maksimum adalah 40 tahun pada tarikh tutup iklan kerana mengambil kira bidang tugas yang akan dilaksanakan.
  • ⁠Keutamaan penempatan bagi urusan kali ini adalah di negeri Lembah Klang (Selangor / Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.
  • ⁠Graduan daripada Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang masih terikat dengan perjanjian dengan Kerajaan dikecualikan daripada memohon jawatan ini.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 12 Februari 2025, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Kekosongan Sehingga 3,228 Jawatan Kosong KKM 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KKM 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KKM 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More