Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA (KPM) Tahun 2024

Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA

Maklumat Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanGaji + Elaun Khidmat Awam (EKA) + Elaun Sara Hidup (BSH)Tarikh Tutup Permohonan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pensyarah Perakaunan)Sambilan1Kolej Profesional MARA Ayer Molek MelakaRM 100.00 / Sehari16 Oktober 2024
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pensyarah Undang-Undang)Sambilan1Kolej Profesional MARA Ayer Molek MelakaRM 100.00 / Sehari16 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Calon-calon tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas juga boleh memohon.
Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA (KPM) Tahun 2024 1

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Surat Permohonan beserta Resume yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:

  1. Nama jawatan yang dipohon.
  2. Butir-butir peribadi.
  3. Nombor telefon dan alamat e-mel (untuk urusan panggilan temuduga).
  4. Butir-butir akademik.
  5. Pengalaman kerja.
  6. Salinan sijil-sijil persekolahan / SPM / STPM / Diploma / Ijazah (hendahklah disahkan benar).
  7. Salinan kad pengenalan.
  8. Gambar terkini berukuran passport.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut:

Pengarah

Kolej Profesional MARA Ayer Molek,

KM16, Jalan Tiang Dua,

75460 Ayer Molek, Melaka.

Melalui pos / e-mel kepada [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 16 Oktober 2024 (Rabu).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA (KPM) Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More