Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KPBKL 2024

Jawatan Kosong KPBKL 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong KPBKL 2024

Maklumat Jawatan Kosong KPBKL 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJabatan / BahagianTarikh Tutup Permohonan
Pegawai TadbirKontrakBahagian Sumber Manusia21 Januari 2024
Pegawai KewanganKontrakKewangan21 Januari 2024
PensyarahKontrakAkademik & Penyelidikan21 Januari 2024
Pembantu TadbirKontrakPerpustakaan21 Januari 2024
PemanduKontrakPejabat Berdaftar21 Januari 2024
Jawatan Kosong KPBKL 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KPBKL 2024 1
Jawatan Kosong KPBKL 2024

Jawatan Pegawai Tadbir

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau pengajian dalam Pengurusan / Perniagaan / Pentadbiran atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Pengetahuan yang kukuh berkaitan Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan dan Polisi Sumber Manusia.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan berpengalaman menguruskan kumpulan tenaga kerja yang besar.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Berpengalaman dalam mengendalikan Perhubungan Perusahaan dan Perhubungan Pekerja serta mempunyai kemahiran dalam urusan kaunseling yang baik dan perundingan adalah satu kelebihan.
  • Berkebolehan untuk memimpin serta boleh berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.
  • Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan Komputer dalam aplikasi Microsoft Office.

Jawatan Pegawai Kewangan

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pengurusan kewangan dan perakaunan sekurang-kurangnya dua tahun.
  • Berkebolehan menggunakan perisian perakaunan berkomputer.
  • Berpengalaman menggunakan aplikasi Excel dan PowerPoint.
  • Berpengalaman menyediakan laporan Penyata Kewangan.
  • Sanggup bekerja lebih masa.

Jawatan Pensyarah

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab / Sarjana Muda Bahasa Arab Pendidikan / Sarjana Muda Bahasa Arab Komunikasi dan Sarjana Muda Pengajian Islam serta bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman yang berkaitan dalam industri / profesional.

Jawatan Pembantu Tadbir

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma Sains Perpustakaan / Pengurusan / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan Pejabat / Teknologi Maklumat atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang perpustakaan.
  • Mahir menggunakan perisian komputer, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Komited dalam kerja berkumpulan, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota kerja.
  • Tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Jawatan Pemandu

Calon lantikan Jawatan Kosong KPBKL 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pemohon daripada calon lelaki dan warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon mestilah memiliki dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik atau mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai pemandu.
  • Memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan. Calon yang memiliki lesen selain kelas D adalah satu kelebihan.
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan, resume dan salinan sijil serta transkrip Akademik anda kepada

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, MENARA AKADEMIK
KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
LOT 1363, JALAN PERKASA
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
E-mel: [email protected]

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KPBKL 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong KPBKL 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti Jawatan Kosong Yayasan Peneraju Januari 2024, Pengambilan PSSTLDM Januari 2024, Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara Januari 2024, anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KPBKL 2024 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More