Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LPPKN 2025

Jawatan Kosong LPPKN 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan [show]
Maklumat Jawatan Kosong LPPKN 2025
Maklumat Jawatan Kosong LPPKN 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Tadbir Gred N9 | 1 | Ibu Pejabat / LPPKN Negeri | 23 April 2025 |
Pegawai Sains Gred C9 | 1 | Ibu Pejabat | 23 April 2025 |
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9 | 1 | Ibu Pejabat | 23 April 2025 |
Perangkawan Gred E9 | 1 | Ibu Pejabat | 23 April 2025 |
Jururawat Gred U5 | 11 | Ibu Pejabat / LPPKN Negeri | 23 April 2025 |
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U5 | 3 | Ibu Pejabat / LPPKN Negeri | 23 April 2025 |
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1 | 8 | Ibu Pejabat / LPPKN Negeri | 23 April 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong LPPKN 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat kelayakan bagi setiap skim perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh JPA dan diluluskan oleh LPPKN.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati pada IKLAN PENUH PERMOHONAN.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal MYFutureJobs sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 23 April 2025 (Rabu).
Hanya pemohon yang berkelayakan dan memenuhi skim perkhidmatan yang ditetapkan akan disenarai pendek untuk dipanggil ke Program (Assessment Centre 1).
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 hingga 12 bulan dari tarikh iklan ditutup.
LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
Permohonan yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, permohonan hanya boleh dibuat bagi pemohon yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong SPP 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2025,
- Jawatan Kosong PERDA 2025,
- Jawatan Kosong BERNAMA 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong LPPKN 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.