Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang Tahun 2025

Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan [show]
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5 | Kontrak (Contract For Service) | 30 April 2025 |
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5 | Kontrak (Contract For Service) | 30 April 2025 |
Pembantu Kemahiran Gred H1 | Kontrak (Contract For Service) | 30 April 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C5
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma Sains dalam bidang Mikrobiologi, Kimia Industri atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Alam Sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C5: RM 1,974.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil kompetensi Leachate Treatment Plant (PLT) atau Certified Environmental Professional In Scheduled Waste Management dan mempunyai pengalaman dalam pengendalian tapak pelupusan sisa pepejal.
Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM 1,731.00); atau
- Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM 2,055.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H1
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,622.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,622.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil berkaitan kejuruteraan mekanikal / sijil teknologi automotif / penyelenggaraan kenderaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Permohonan Kerja (eKerja) – Majlis Daerah Marang sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 30 April 2025 (Rabu).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong SPP 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2025,
- Jawatan Kosong PERDA 2025,
- Jawatan Kosong BERNAMA 2025,
- Jawatan Kosong LPPKN 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.