Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin Tahun 2025

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan [show]
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa Gred JA5 | Kontrak (Contract Of Service) | 1 | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 5 Mei 2025 |
Pembantu Keselamatan Gred KP1 | Kontrak (Contract Of Service) | 1 | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 5 Mei 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Perancangan Bandar Dan Desa Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM 1,731.00); atau
- Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM 2,055.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP1
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM 1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM 1,500.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM 1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM 1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM 1,622.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Tampin dan dihantar bersama-sama dokumen yang diperlukan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 5 Mei 2025 (Isnin).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong SPP 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2025,
- Jawatan Kosong PERDA 2025,
- Jawatan Kosong BERNAMA 2025,
- Jawatan Kosong LPPKN 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Derah Marang 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.