Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29 | Tetap / Kontrak | 1 | RM 1,549.00 – RM 5,701.00 | 15 Oktober 2024 |
Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29 | Kontrak | 1 | RM 1,549.00 – RM 5,701.00 | 15 Oktober 2024 |
Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 | Kontrak | 1 | RM 1,549.00 – RM 5,701.00 | 15 Oktober 2024 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 | Kontrak | 1 | RM 1,549.00 – RM 5,684.00 | 15 Oktober 2024 |
Pembantu Penilaian Gred W19 | Tetap / Kontrak | 1 | RM 1,353.00 – RM 4,005.00 | 15 Oktober 2024 |
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 | Tetap / Kontrak | 1 | RM 1,352.00 – RM 4,003.00 | 15 Oktober 2024 |
Penghantar Notis Gred N11 | Kontrak | 1 | RM 1,216.00 – RM 2,983.00 | 15 Oktober 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia / kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Selangor.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Jurutera (Elektrik / Mekanikal) Gred JA29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29:RM1,549.00); atau
- Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
- Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Penilaian Gred W19
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu / Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada RM1,353.00); atau
- Lulus ujian saringan; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penghantar Notis Gred N11
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara atas talian (online) pada BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN 2024 dan semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) dokumen-dokumen berikut:
- Resume.
- Salinan akademik (UPSR / PMR / PT3 / SPM / SVM / STPM / DIPLOMA / TRANSKRIP / MQA).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa).
- Salinan Sijil Kelahiran (Pemohon, Ibu dan Bapa).
- Salinan Sijil Tamat Persekolahan.
- Salinan Lesen Memandu.
- Gambar Berukuran Pasport.
Pastikan dokumen-dokumen diatas adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi Oktober 2024,
- Jawatan Kosong JKR Oktober 2024,
- Jawatan Kosong MARA Oktober 2024,
- Jawatan Kosong Universiti Islam Selangor (UIS) 2024,
- Jawatan Kosong KWAP 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.