Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan Tahun 2024
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan 2024
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 | 1 | RM1,773.00 – RM5,674.00 | 31 Julai 2024 |
Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 | 1 | RM1,498.00 – RM5,678.00 | 31 Julai 2024 |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 | 1 | RM1,797.00 – RM5,753.00 | 31 Julai 2024 |
Pemandu Kenderaan Gred H11 | 2 | RM1218.00 – RM2,939.00 | 31 Julai 2024 |
Pembantu Operasi Gred N11 | 1 | RM1,216.00 – RM2,983.00 | 31 Julai 2024 |
Pembantu Awam Gred H11 | 3 | RM1,218.00 – RM2,619.00 | 31 Julai 2024 |
Penghantar Notis Gred N11 | 1 | RM1,216.00 – RM2,983.00 | 31 Julai 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Keutamaan kepada warganegara Malaysia Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,773.00); atau
- Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,847.86).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang kesihatan persekitaran.
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Keutamaan kepada mempunyai lesen memandu kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); dan
- Berkebolehan memandu, dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Jawatan Pembantu Operasi Gred N11
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM 1,216.00); atau
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11: RM 1,216.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah normal (tinggi sekurang-kurangnya 170 cm keatas).
Jawatan Pembantu Awam Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan diberikan kepada mempunyai lesen memandu kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
Jawatan Penghantar Notis Gred N11
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah menggunakan borang MPTI/PSM/2024 yang boleh dimuat turun (download) melalui Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Perodua Malaysia 2024,
- Jawatan Kosong MARA Julai 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julai 2024,
- Jawatan Kosong MARDI Ogos 2024,
- Temuduga Terbuka DBKL 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.