Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MMC) Tetap 2025

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Pegawai Tadbir Gred N9 | Tetap | 1 | RM 2,250.00 – RM 11,110.00 | 14 Mac 2025 |
Pembantu Tadbir Gred N1 | Tetap | 1 | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 14 Mac 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Tadbir Gred N9
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N9: RM2,470.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir Gred N1
Calon lantikan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MMC sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 Mac 2025 (Jumaat).
Setiap Borang Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping Gambar Berukuran Passport, Salinan Sijil-Sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan / MyKad;
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Akademik;
- Salinan Transkrip bagi sijil yang berkenaan;
- Salinan Surat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA.
Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 KUALA LUMPUR.
U.P: Pengurus Sumber Manusia
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N9<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N1<<<

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong IWK 2025,
- Jawatan Kosong UniSHAMS 2025,
- Jawatan Kosong UiTM 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.