Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MARA 2024
Jawatan Kosong MARA 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MARA 2024
Maklumat Jawatan Kosong MARA 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Undang-Undang Gred L41 | Kontrak | RM 2,418.00 – RM 9,607.00 | 31 Julai 2024 |
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 | Kontrak | RM 1,377.00 – RM 4,052.00 | 31 Julai 2024 |
Pemandu Kenderaan Gred H11 | Kontrak | RM 1,218.00 – RM 2,939.00 | 31 Julai 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MARA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41
Calon lantikan Jawatan Kosong MARA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM 2,418.00); atau
- Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM 2,418.00); atau
- Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM 2,418.00); atau
- Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM 2,418.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Calon lantikan Jawatan Kosong MARA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan: A0 / A1 = RM 1,435.12 ATAU A4-2 / A4-1 / A4 = RM 1,493.24 ATAU B0-2 / B0-1 / B0 / B1 / B4 = RM 1,551.36).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong MARA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. (Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu: Lesen D : RM1,264.15 ATAU Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30 ATAU Lesen F/H : RM1,356.45 ATAU Lesen G/I : RM1,402.60).
- Hanya calon yang memiliki lesen PSV (Public Service Vehicle) bas BTM > 7500kg sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) pada sistem Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 31 Julai 2024 (Rabu).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UiTM Julai 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Julai 2024,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Julai 2024,
- Jawatan Kosong Perodua Malaysia 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MARA 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.