Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong MBOT Bagi Tahun 2024

Jawatan Kosong MBOT bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MBOT Terkini

Maklumat Jawatan Kosong MBOT 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPembantu Tadbir (Kewangan) Gred 19
Taraf JawatanKontrak
MajikanLembaga Teknologis Malaysia (MBOT)
Lokasi PenempatanPutrajaya
Tarikh Tutup Permohonan26 Mac 2024 (Selasa)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MBOT ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Syarat Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris – calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pengambilan Jawatan Kosong MBOT Bagi Tahun 2024 1
Jawatan Kosong MBOT

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan kewangan selaras dengan fungsi tugas yang berkaitan.
  • Mengurus, menyedia, menyelenggara, menyemak, memantau dan merekodkan semua jenis baucar kewangan berkaitan.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung pesanan tempatan.
  • Merekod dan menyelenggara fail / dokumen serta maklumat rasmi mengikut keperluan.
  • Menyemak tuntutan perjalanan, tuntutan rasmi dan tuntutan kerja masa yang dituntut.
  • Mengemaskini dan merekodkan maklumat di dalam sistem kewangan.
  • Mengemakini dan merekodkan maklumat penerimaan kewangan.
  • Bertanggungjawab menjadi urus setia untuk mesyuarat di bawah Unit Kewangan.
  • Memastikan proses kewangan harian berjalan lancar dan memastikan dateline komitmen bayaran bulanan MBOT dipatuhi.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan di pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Peluang Kerja Di Lembaga Teknologis Malaysia 2024<<<

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mac 2024, jam 12 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03 – 8800 6268 atau berhubung dengan Unit Sumber Manusia di alamat e-mel [email protected].

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong MBOT Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MBOT ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MBOT yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More