Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MBSA 2025

Jawatan Kosong MBSA 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MBSA 2025
Maklumat Jawatan Kosong MBSA 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Setiausaha Pejabat Gred N5 | Kontrak | 1 | RM 1,500.00 – RM 4,003.00 | 24 Mac 2025 |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 | Kontrak | 5 | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 24 Mac 2025 |
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | Kontrak | 1 | RM 1,500.00 – RM 4,003.00 | 24 Mac 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
- Pembuktian bagi mana-mana syarat di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Setiausaha Pejabat Gred N5
Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan atau Sains Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM 1,893.00); dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM 1,974.00); dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan: RM 1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM 1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM 1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM 1,622.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM 1,622.00); dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) pada iKerjaya MBSA sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 24 Mac 2025 (Isnin).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong MyIPO 2025,
- Jawatan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah 2025,
- Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MBSA 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.