Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MMC 2024
Jawatan Kosong MMC 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MMC 2024
Malaysian Medical Council (MMC) atau Majlis Perubatan Malaysia (MPM) ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi segera kekosongan bagi jawatan-jawatan seperti dibawah.
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Lokasi Penempatan | Kadar Upah | Kelayakan | Tarikh Tutup Permohonan |
Pegawai Tadbir | 1 | Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) | RM 2,100.00 | Ijazah Sarjana Muda / Setaraf dengannya | 12 Januari 2024 |
Pegawai Tadbir | 1 | Bahagian Pendaftaran dan Pembangunan Profesionalisme (BPPP) | RM 2,100.00 | Ijazah Sarjana Muda / Setaraf dengannya | 12 Januari 2024 |
Pembantu Tadbir | 1 | Bahagian Khidmat Pengurusan | RM 1,700.00 | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 12 Januari 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MMC 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Tadbir (BDHA)
Calon lantikan Jawatan Kosong MMC 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda berkaitan Komunikasi Korporat, Komunikasi Massa, Pengurusan Maklumat dan Pengajian Media; atau
- Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu dan sekurang kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai kemahiran menguruskan majlis atau mesyuarat rasmi dan mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik dan dalam Bahasa Inggeris, boleh bekerja secara individu atau berkumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
- Berkebolehan, berani dan tidak kekok untuk berkomunikasi di hadapan khalayak ramai dan ketika berada di hadapan kamera.
- Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum oleh ketua jabatan.
- Berpengalaman dan mempunyai daya kreativiti serta berfikiran di luar kotak dalam mengendalikan media sosial korporat, menyediakan bahan hebahan / promosi seperti e-poster dan video pendek.
- Mahir terhadap penggunaan software berkaitan rekaan dan penyuntingan seperti Adobe Illustrator, Adobe Lightroom, Adobe Premire, Adobe After Effect dan sebagainya.
- Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel dan lain-lain.
Jawatan Pegawai Tadbir (BPPP)
Calon lantikan Jawatan Kosong MMC 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berumur tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah Sarjana Muda Berkaitan Sarjana Muda Pentadbiran Korporat, Sains Pentadbiran, Komunikasi Profesional, Sains Maklumat; atau
- Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu dan sekurang kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai kemahiran menguruskan majlis atau mesyuarat rasmi dan mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik dan dalam Bahasa Inggeris, boleh secara bekerja secara individu atau berkumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
- Berkebolehan dan berani berkomunikasi di khalayak ramai serta tidak kekok untuk berada di hadapan kamera.
- Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum oleh ketua jabatan.
- Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel dan lain-lain.
Jawatan Pembantu Tadbir
Calon lantikan Jawatan Kosong MMC 2024 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
- Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
- Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
Cara Permohonan
Calon yang berminat boleh mengemukakan Resume Bergambar kepada [email protected] dengan tajuk emel “PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MySTEP MPM” sebelum atau pada 12 Januari 2024 (Jumaat).
Hanya calon yang layak akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti Jawatan Kosong Yayasan Peneraju Januari 2024, Pengambilan PSSTLDM Januari 2024, Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara Januari 2024, anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MMC 2024 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.
Selamat Berjaya!