Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MPHS 2025

Jawatan Kosong MPHS 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MPHS 2025
Maklumat Jawatan Kosong MPHS 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 | Kontrak | 1 | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 26 Februari 2025 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 | Kontrak | 1 | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 26 Februari 2025 |
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 | Tetap / Kontrak | 1 | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 26 Februari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MPHS 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong MPHS 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5
Calon lantikan Jawatan Kosong MPHS 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,650.00); atau
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,812.00); atau
- Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5
Calon lantikan Jawatan Kosong MPHS 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) pada Portal Rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu pada 26 Februari 2025 (Rabu).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat 2025,
- Jawatan Kosong UTHM 2025,
- Jawatan Kosong KTMB 2025,
- Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2025,
- Pengambilan Program Protege RTW TNB 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MPHS 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.