Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MyIPO 2025

Jawatan Kosong MyIPO bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MyIPO

Maklumat Jawatan Kosong MyIPO yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Harta Intelek Gred IP8KontrakRM 2,688.00 – RM 9,630.0019 Mac 2025
Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8KontrakRM 2,688.00 – RM 9,630.0019 Mac 2025
Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10KontrakRM 1,963.00 – RM 6,123.0019 Mac 2025
Pembantu Harta Intelek Gred IP12KontrakRM 1,408.00 – RM 4,691.0019 Mac 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Harta Intelek Gred IP8

Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang / Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk / Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan / Ijazah Sarjana Muda Pengurusan / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan mengenai Perundangan Harta Intelek serta berkemahiran dalam Bahasa Inggeris.

Jawatan Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8

Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang mendalam mengenai perkakasan, peralatan dan sistem komputer serta mengikuti perkembangan teknologi maklumat terkini.

Jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10

Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Kepujian dalam Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Harta Intelek Gred IP12

Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MyIPO sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 19 Mac 2025 (Rabu).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 19 Mac 2025 ke alamat berikut:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
ARAS 20, MENARA MyIPO, PJ SENTRAL
LOT 12, PERSIARAN BARAT, SEKSYEN 52
46200 PETALING JAYA, SELANGOR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MyIPO 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MyIPO ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MyIPO yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More