Pengambilan Tetap Pelbagai Jawatan Kosong PADAT 2025

Jawatan Kosong PADAT bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong PADAT
Maklumat Jawatan Kosong PADAT yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Lokasi Penempatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|---|
Pegawai Tadbir Gred N9 | Tetap | 1 | Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) | RM 2,250.00 – RM 11,110.00 | 21 Mac 2025 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 | Tetap | 1 | Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 21 Mac 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong PADAT ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang merupakan Anak Negeri Selangor.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Tadbir Gred N9
Calon lantikan Jawatan Kosong PADAT ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
Calon lantikan Jawatan Kosong PADAT ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang PADAT (1) dan permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat dibawah sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 21 Mac 2025 (Jumaat).
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah melalui Ketua Jabatan.
Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga dan permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MMC) 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025,
- Jawatan Kosong MyIPO 2025,
- Jawatan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PADAT yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.