Pengambilan Banyak Jawatan Kosong PERDA September 2023
Jawatan Kosong PERDA September 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong PERDA September 2023
Maklumat Jawatan Kosong PERDA September 2023 adalah seperti berikut:
Jawatan |
Info Lanjut |
|
|
Syarat/Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong PERDA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PERDA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(c) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(d) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(e) Keutamaan pengkhususan Pembangunan Sistem dan Laman Web.
(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pemandu Kenderaan H11
Calon bagi lantikan Jawatan Kosong PERDA September 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(b) Lesen memandu Kelas B2,D dan E(PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan lesen memandu Kelas E.
(e) Calon bagi lantikan hendaklah lulus Pentafsiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
Cara Memohon
Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman Sistem Perjawatan PERDA dan permohonan yang berikut akan ditolak jika
- Permohonan tidak dibuat secara atas talian (online).
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
- Permohonan tidak lengkap.
Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat / emel / sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong PERDA September 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Maklumat Tambahan
Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Program Protege Ready To Work TNB September 2023, Temuduga Terbuka Di PRASARANA September 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.
Semoga dengan iklan Jawatan Kosong PERDA September 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!