Pengambilan PSH: Jawatan Kosong PKNNS 2024
Jawatan Kosong PKNNS bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong PKNNS 2024
Maklumat Jawatan Kosong PKNNS yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pekerja Sambilan Harian (PSH) – Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 |
Kumpulan Perkhidmatan | Pelaksana |
Klasifikasi Perkhidmatan | Pentadbiran Dan Sokongan |
Kadar Upah | RM 72.00 / Hari |
Tempoh Perkhidmatan | 3 Bulan (boleh dilanjutkan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi berdasarkan prestasi) |
Waktu Bekerja | 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Isnin – Jumaat) |
Lokasi Penempatan | Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) |
Tarikh Tutup Permohonan | 26 Februari 2024 (Isnin) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong PKNNS hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup jawatan.
- Memiliki diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Keutamaan diberi kepada calon yang mahir mengendalikan komputer dengan perisian aplikasi pangkalan data (data base) dan persembahan (presentation).
Deskrepsi Tugas
- Membantu penyediaan pangkalan data Unit Kutipan program-program di bawah Inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan.
- Membantu menyelaras dan melaksanakan sistem pemantauan kutipan.
- Membantu penyediaan laporan khas berkaitan kutipan program-program di bawah Inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Latar Diri (Resume) yang mengandungi
- latar belakang diri,
- latar belakang pendidikan,
- pengalaman bekerja,
- kemahiran,
- penglibatan luar,
- rujukan,
- alamat rumah,
- alamat e-mel, dan
- nombor telefon terkini.
Setiap permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar saiz passport dan juga salinan dokumen dokumen (yang telah diakui sah dan benar) seperti berikut:
- Kad Pengenalan.
- Surat Beranak.
- Sijil Berhenti Sekolah.
- Sijil PT3 / PMR, Sijil SPM, Sijil Asasi / Matrikulasi / STPM.
- Transkrip Keputusan Asasi / Matrikulasi / STPM.
- Sijil Diploma atau / dan Sijil Ijazah Sarjana Muda.
- Transkrip Keputusan Diploma atau / dan Ijazah Sarjana Muda.
- Sijil Badan Profesional.
- Sijil-Sijil Kegiatan Luar.
- Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan.
Nota: Sila kemukakan sijil akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan yang dipohon.
Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada:
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
PETI SURAT 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)
Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak dan tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2024.
Hanya calon-calon yang ditapis senarai untuk temuduga sahaja akan dihubungi.
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PKNNS yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.