Pengambilan Jawatan Kosong PKPS Bagi Tahun 2024
Jawatan Kosong PKPS bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Latar Belakang Penubuhan PKPS
Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk
- menebus tanah-tanah sawah,
- memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah, dan
- memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah.
LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).
PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973.
PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.
Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.
Justeru, kini PKPS telah membuka peluang pekerjaan dan mempelawa anda diluar sana untuk memohon kekosongan jawatan yang telah diiklankan.
Maklumat Jawatan Kosong PKPS
Maklumat Jawatan Kosong PKPS 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Penyelia Stor |
Majikan | Syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Ehsan Marketing Sdn. Bhd. |
Lokasi Penempatan | Semenyih, Selangor |
Gred & Gaji Permulaan | Tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKPS. |
Tarikh Tutup Permohonan | 27 Mac 2024 (Rabu) |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong PKPS ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Kelayakan akademik adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Syarikat PKPS Ehsan Marketing Sdn. Bhd.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Resume dan Surat Permohonan ke alamat e-mel [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 27 Mac 2024.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Istana Budaya 2024,
- Jawatan Kosong RISDA 2024,
- Jawatan Kosong MAIWP 2024,
- Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024,
- Pengambilan TLDM Siri 228/24,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PKPS yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.