Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong SME CORP 2023

Jawatan Kosong SME CORP 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong SME CORP 2023

Maklumat Jawatan Kosong SME CORP 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Penolong Pengurus Gred 8, Setara Gred SSM 41 (18 Kekosongan)
  2. Pegawai Eksekutif Gred 11, Setara Gred SSM 29 (3 Kekosongan)
  3. Pembantu Eksekutif Gred 13, Setara Gred SSM 19 (5 Kekosongan)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2023 (Sabtu)
  • Majikan: SME Corporation Malaysia (SME CORP)
  • Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong SME CORP 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Mempunyai kemahiran di dalam menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).
  5. Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi.
  6. Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum.
  7. Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja tanpa mengira masa.
  8. Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.
  9. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan adalah seperti ketetapan di bawah.

Jawatan Penolong Pengurus

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong SME CORP 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(b) Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(c) Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Eksekutif

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong SME CORP 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(b) Mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(c) Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Eksekutif

Calon bagi lantikan Jawatan Kosong SME CORP 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan jawatan hendaklah dipohon mengunakan portal Borang Pengambilan Jawatan Kosong sebelum atau pada 15 Julai 2023.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan borang permohonan jawatan, salinan kelayakan akademik, kad pengenalan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan dimuatnaik ke dalam portal pengambilan.

Permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong SME CORP 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong SME CORP 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di Tabung Haji 2023, Jawatan Kosong Di JKM 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong SME CORP 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More