Pengumuman Terkini Jawatan Kosong SPA 2024
Pelbagai Jawatan Kosong SPA 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong SPA 2024
Maklumat Jawatan Kosong SPA 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Pegawai Geosains Gred C29 | 1 | 1 | Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (Sarawak) | 11 Julai 2024 |
Penolong Juruaudit Gred W29 | 23 | 150 | Jabatan Audit Negara | 11 Julai 2024 |
Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 | 2 | 40 | Kementerian Sumber Manusia (Sabah & Sarawak) | 11 Julai 2024 |
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 | 3 | 4 | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | 11 Julai 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut Jawatan Kosong SPA 2024 yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Geosains Gred C29
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia aliran sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,505.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jurusan sains atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,505.00); atau
- Sijil dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,514.33); atau
- Diploma dalam bidang ukur tanah, kejuruteraan, kimia atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29: RM1,858.12).
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Geofizik;
- Geologi;
- Geomatik (Sumber Alam);
- Kejuruteraan (Perlombongan);
- Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral;
- Kejuruteraan Hidrografi;
- Kimia; atau
- Kimia Industri.
- Hanya calon yang beralamat surat-menyurat di Negeri Sarawak sahaja yang layak memohon bagi urusan ini.
Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,776.08); atau
- Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM2,001.68); dan
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Analisa Ekonomi dan Kewangan;
- Analisis Pelaburan;
- Diplomasi dan Perniagaan Antarabangsa;
- Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa;
- Ekonomi dengan Perakaunan;
- Ekonomi / Ekonomi Kewangan;
- Investment Management;
- Kewangan;
- Kewangan Antarabangsa;
- Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Persisir);
- Kewangan dan Perbankan;
- Kewangan dan Perbankan Islam;
- Kewangan Islam;
- Kewangan Syariah;
- Pemasaran;
- Pengajian Perniagaan (Kewangan dan Pelaburan);
- Pengurusan (Kewangan);
- Pengurusan Kewangan Islam;
- Pengurusan Perniagaan;
- Pengurusan Perniagaan (Perakaunan);
- Pengurusan Perniagaan Antarabangsa;
- Pengurusan Teknologi (Perakaunan) / Pengurusan (Perakaunan);
- Pentadbiran Perakaunan;
- Pentadbiran Perniagaan;
- Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan) / Ekonomi Perniagaan;
- Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam);
- Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam);
- Pentadbiran Perniagaan (Kewangan);
- Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelaburan);
- Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam);
- Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
- Pentadbiran / Pengurusan / Pengajian Perniagaan;
- Penyimpan Kira-Kira;
- Perakaunan (Multimedia);
- Perakaunan (Sistem Maklumat);
- Perakaunan dan Analisa Kewangan;
- Perakaunan dan Kewangan;
- Perakaunan dan Pengajian Perniagaan;
- Perakaunan dengan Sains Komputer;
- Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan;
- Perakaunan Perniagaan;
- Perakaunan / Akauntansi;
- Perancangan Kewangan (Financial Planning);
- Perbankan Islam;
- Perbankan / Pengajian Perbankan;
- Percukaian;
- Perniagaan (Pengurusan Kewangan dan Perbankan);
- Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
- Statistik Ekonomi; atau
- Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam).
Jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S19: RM1,464.80); dan
- Keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Setiausaha Korporat Eksekutif.
- Keutamaan adalah kepada calon anak Negeri Sabah dan Sarawak.
Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Calon lantikan Jawatan Kosong SPA 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,353.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80); dan
- Keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 adalah dalam bidang Perakaunan.
- Keutamaan adalah kepada calon anak Negeri Perlis.
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong SPA 2024 boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 11 Julai 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2024,
- Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2024,
- Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) 2024,
- Jawatan Kosong Perodua Julai 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPA 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.