Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hebahan Pengambilan Jawatan Kosong SPP 2024 Gred 19 & Gred 11

Jawatan Kosong SPP 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong SPP 2024

Maklumat Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2024 ini adalah seperti berikut:

JawatanKumpulan PerkhidmatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19Kumpulan PelaksanaRM 1,352.00 – RM 4,003.0031 Mei 2024
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19Kumpulan PelaksanaRM 1,352.00 – RM 4,003.0031 Mei 2024
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19Kumpulan PelaksanaRM 1,353.00 – RM 4,005.0031 Mei 2024
Penyelia Asrama Gred N19Kumpulan PelaksanaRM 1,352.00 – RM 4,003.0031 Mei 2024
Pembantu Makmal Gred C19Kumpulan PelaksanaRM 1,357.00 – RM 4,008.0031 Mei 2024
Pembantu Operasi Gred N11Kumpulan PelaksanaRM 1,216.00 – RM 2,983.0031 Mei 2024
Hebahan Pengambilan Jawatan Kosong SPP 2024 Gred 19 & Gred 11 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong SPP 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 19

Calon lantikan AKP Gred 19 bagi Jawatan Kosong SPP 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM seperti berikut:
  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut- turut; dan
  3. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian / Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti (1) dan (2) di atas.
  • Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM seperti berikut:
  1. Mata pelajaran Bahasa Melayu (kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
  2. Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
  3. Senarai kursus yang bersesuaian untuk pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan SVM boleh dirujuk di Laman Web EZSkim.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 11

Calon lantikan AKP Gred 11 bagi Jawatan Kosong SPP 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3 / PMR / SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3 / PMR / SRP seperti berikut:
Mata PelajaranSyarat Minimum Gred PT3Syarat Minimum Gred PMRSyarat Minimum Gred SRP
Bahasa MelayuKepujian (Gred C)Kepujian (Gred C)Kepujian (Gred 6)
MatematikLulus (Gred E)Lulus (Gred D)Lulus (Gred 7 atau 8)
Tiga (3) Mata Pelajaran LainLulus (Gred E)Lulus (Gred D)Lulus (Gred 7 atau 8)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon jawatan tertera melalui Sistem MySPP sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 31 Mei 2024 (Jumaat).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Hebahan Pengambilan Jawatan Kosong SPP 2024 Gred 19 & Gred 11 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong SPP 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPP 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More