Pengambilan Terkini Pelbagai Jawatan Kosong SPP 2025

Jawatan Kosong SPP 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan [show]
Maklumat Jawatan Kosong SPP 2025
Maklumat Jawatan Kosong SPP 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 | RM 1,500.00 – RM 1,622.00 | 18 April 2025 |
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | RM 1,500.00 – RM 1,622.00 | 18 April 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong SPP 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1
Calon lantikan Jawatan Kosong SPP 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM 1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM 1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM 1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM 1,622.00); atau
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Calon lantikan Jawatan Kosong SPP 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online pada Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 18 April 2025 (Jumaat).
Calon perlu mengemaskini maklumat alamat terkini, e-mel, nombor telefon, serta jawatan dimohon bagi permohonan jawatan.
Pemohon diingatkan agar tidak membuat sebarang pengemaskinian data selepas tarikh tutup.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPP 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.