Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hebahan Jawatan Kosong SPP Terkini Bagi Graduan Pendidikan & Graduan Bukan Pendidikan

Jawatan Kosong SPP Terkini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini mempelawa Graduan Pendidikan dan Graduan Bukan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat Universiti sebelum atau pada tarikh tutup hebahan ini (23 Ogos 2024) bagi memohon jawatan sebagai 

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Kontrak (Interim) bagi Graduan Pendidikan; dan
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) bagi Graduan Bukan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong SPP Terkini

Maklumat Jawatan Kosong SPP Terkini ini adalah seperti berikut:

JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
Taraf Jawatan– Kontrak (Interim) bagi Graduan Pendidikan.
Contract of Service (COS) bagi Graduan Bukan Pendidikan.
Lokasi PenempatanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Khas Bagi Negeri Sarawak
Tarikh Tutup Permohonan23 Ogos 2024 (Jumaat)
Jawatan Kosong SPP Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat lantikan Jawatan Kosong SPP Terkini ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR).
  • Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
  • Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian  (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM.
  • Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
  • Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak memohon. Calon yang memiliki minor dalam Bahasa Iban adalah digalakkan untuk memohon.
Hebahan Jawatan Kosong SPP Terkini Bagi Graduan Pendidikan & Graduan Bukan Pendidikan 1
Jawatan Kosong SPP Terkini

Cara Permohonan

Calon yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) dengan memilih Sarawak sebagai Pilihan Pusat Temu Duga mulai dari 1 Ogos 2024 sehingga 23 Ogos 2024.

Calon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam portal mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil untuk ke sesi temu duga.

Calon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan dari tarikh tutup hebahan bermula 24 Ogos 2024 sehingga 7 September 2024.

Selepas itu, calon yang telah mengisi permohonan di portal MySPP perlu mengisi google form MAKLUMAT PERMOHONAN JAWATAN PPP GRED DG41 BAGI PENGAMBILAN KHAS NEGERI SARAWAK TAHUN 2024 bagi tujuan semakan permohonan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Hebahan Jawatan Kosong SPP Terkini Bagi Graduan Pendidikan & Graduan Bukan Pendidikan 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong SPP Terkini ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPP Terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More