Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2024
Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 | Tetap / Kontrak | RM2,083.00 – RM9,549.00 | 10 Mei 2024 |
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29 | Tetap / Kontrak | RM1,493.00 – RM5,672.00 | 10 Mei 2024 |
Penolong Juruaudit Gred W29 | Tetap / Kontrak | RM1,498.00 – RM5,678.00 | 10 Mei 2024 |
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19 | Tetap / Kontrak | RM1,353.00 – RM4,005.00 | 10 Mei 2024 |
Pembantu Juruaudit Gred W29 | Tetap / Kontrak | RM1,353.00 – RM4,005.00 | 10 Mei 2024 |
Pemandu Kenderaan Gred H11 | Tetap / Kontrak | RM1,218.00 – RM2,939.00 | 10 Mei 2024 |
Pembantu Awam Gred H11 | Tetap / Kontrak | RM1,218.00 – RM2,989.00 | 10 Mei 2024 |
Pembantu Operasi Gred N11 | Tetap / Kontrak | RM1,216.00 – RM2,983.00 | 10 Mei 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,083.00); atau
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,286.57); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,490.99); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,797.62); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM2,899.83); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji Permulaan pada Gred E41: RM3,002.03).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E29: RM1,493.00); atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E29: RM1,770,95).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Juruaudit W29
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,776.08); atau
- Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2,001.68).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E19: RM1,353.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E19: RM1,353.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E19: RM1,409.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E19: RM1,465.80).
Jawatan Pembantu Juruaudit Gred W29
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,353.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,409.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W19: RM1,465.80).
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Lesen memandu Kelas D/ E/ E1/ E2/ F/ G/ H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- Berkebolehan memandu, mengenali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D RM1,264.15
- Lesen E/ E1/ E2 RM1,310.30
- Lesen F/ H RM1,356.45
- Lesen G/ I RM1,402.60
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Awam Gred H11
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00); atau
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Syarat tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut / motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.) (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,264.15).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Operasi Gred N11
Calon lantikan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00); atau
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mendaftar dan mengemukakan permohonan anda melalui Sistem eKerjaya sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 10 Mei 2024 (Jumaat).
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UITM 2024,
- Jawatan Kosong TNB 2024,
- Jawatan Kosong KKM 2024,
- Pengambilan TLDM Siri 228/24,
- Jawatan Kosong UPM 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.