Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TERKINI DITAWARKAN JAWATAN KOSONG TEKUN NASIONAL 2023

Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023

Apakah jawatan kosong Tekun Nasional 2023 yang ditawarkan? Jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  1. Pemandu
  • Nama Majikan: Tekun Nasional
  • Tarikh Tutup Permohonan : 26 Februari 2023
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Status Pelantikan : Kontrak

Apa Itu Tekun Nasional?

Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023

Tekun Nasional adalah merupakan satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan Tekun Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, Tekun Nasional telah membuat satu perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata malah Tekun Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan. Kini Tekun Nasional telah berada dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Justeru, Tekun Nasional banyak menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan bumiputera yang memerlukan.

Syarat/Kelayakan Permohonan 

Syarat-syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Tekun Nasional 2023 adalah seperti yang berikut:

  • Bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), WAJIB kredit Bahasa Melayu dan LULUS Bahasa Inggeris & Matematik
  • WAJIB mempunyai lesen GDL
  • WAJIB mahir memandu & berpengalaman memandu kereta, van, lori & truck
  • Berpewatakan baik dan berdisiplin

Selain itu, dibawah merupakan perkara penting yang WAJIB diikuti oleh semua calon yang ingin membuat permohonan jawatan kosong ini iaitu:

  • Meletakkan GAMBAR MUKA dalam resume
  • Sila sertakan RESUME SENDIRI bukan resume ringkasan Myfuturejobs / Indeed / Jobstreet
  • Sila kemaskini segala maklumat pendidikan dan kemahiran yang ada supaya peluang calon terpilih untuk dipanggil menghadiri temuduga tinggi kerana SETIAP RESUME AKAN DINILAI
  • Tidak perlu menghantar Motivation Letter
Disamping itu, disini admin juga ingin kongsikan tugas-tugas jawatan kosong tersebut:
  1. Memandu kenderaan Tekun Nasional bagi setiap urusan rasmi
  2. Memastikan kenderaan dan peralatan kenderaan di bawah jagaan dan berada dalam keadaan baik dan bersih setiap masa
  3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan
  4. Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya
  5. Bertanggungjawab mengemaskini buku log kenderaan dan memasukkan kenderaan ke bengkel untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara
  6. Mematuhi peraturan & polisi Tekun Nasional
  7. Memastikan kenderaan dapat digunakan
  8. Kenderaan hendaklah diservis, mengikut tempoh dan jarak yang disyorkan oleh pembuat kenderaan
  9. Melaporkan dengan segera kepada Tekun Nasional jika berlaku apa-apa kerosakan
  10. Memastikan minyak petrol kenderaan sentiasa mencukupi bagi kegunaan rasmi
  11. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang di arahkan oleh Tekun Nasional dari masa ke semasa

Cara Memohon

Permohonan jawatan kosong Tekun Nasional 2023 ini boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja iaitu melalui sistem Myfuturejobs. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

 

Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong AirAsia 2023, Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Tekun Nasional 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More