Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tahun 2024
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad
Maklumat Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pembantu Keselamatan (KONSTABEL POLIS BANTUAN) |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Lokasi Penempatan | Tenaga Nasional Berhad (TNB) |
Gaji & Elaun | Gaji Pokok: RM 1,500.00 / Sebulan Elaun Elektrik: RM 85.00 / Sebulan Elaun Dobi: RM 60.00 / Sebulan |
Tarikh Tutup Permohonan | 18 Oktober 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 hingga 26 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).
- Kelayakan minima lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah pada peringkat SPM atau SPMV.
- Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.
Syarat Asas
Calon lantikan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad ini hendaklah memiliki syarat-syarat asas kelayakan seperti berikut:
- Ketinggian minima 168 cm tanpa sepatu.
- Berat badan sekurang kurangnya 54 kg.
- Mempunyai Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran dada biasa 81 cm ke 86 cm semasa menarik nafas.
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
- Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan tidak disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu kelebihan.
Tanggungjawab / Tugas
- Menguatkuasakan undang-undang /arahan kepolisan serta peraturan / prosidur TNB bagi penempatan yang dipertanggungjawabkan dengan melaksanakan arahan-arahan serta garis panduan yang diberikan bagi tujuan pemantauan keselamatan terhadap instalasi dan premis TNB yang meliputi juga Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298), Arahan Keselamatan dan Arahan Tetap Sasaran Penting.
- Pematuhan undang-undang serta peraturan kepolisan (Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602), disiplin dan integriti yang tinggi.
- Melihat dan memeriksa kejanggalan dan tahap risiko tempat dikawal dan tidak dikawal.
- Memberi khidmat nasihat bercorak teknikal kepada Bahagian / Jabatan / Unit di dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan berkaitan hal-ehwal Keselamatan.
- Melaksanakan jadual tugasan harian anggota kerja Polis Bantuan yang ditetapkan.
- Membuat pemeriksaan berkesan di laluan-laluan rondaan dan mematuhi jadual kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan selesa kepada pengguna / pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan TNB.
- Menjawab pertanyaan dan panggilan telefon dengan sopan serta menyampaikan maklumat yang tepat.
- Menjaga kebersihan kenderaan serta menjaga peralatan-peralatan dalam keadaan baik yang dibekalkan oleh pihak TNB.
- Mematuhi dan melaksanakan arahan-arahan lain DARI MASA KE SEMASA yang tidak dinyatakan didalam perintah ini yang diarahkan oleh pegawai atasan TNB.
- Membuat laporan (station diari / sitrep) dan majukan kepada penyelia pada setiap giliran.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan pada Career Opportunities TNB sebelum tarikh tutup iklan permohonan, iaitu 18 Oktober 2024 (Jumaat).
Permohonan secara manual tidak diterima.
Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk ke sesi pemilihan seterusnya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 2024,
- Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA (KPM) 2024,
- Jawatan Kosong Universiti Islam Selangor (UIS) 2024,
- Jawatan Kosong KWAP 2024,
- Jawatan Kosong Institut Penilaian Negara (INSPEN) 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.