Pengambilan Besar-Besaran Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023
Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023
Maklumat Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan |
Info Lanjut |
|
|
Syarat/Kelayakan Permohonan
Syarat lantikan, syarat kelayakan serta bidang tugas permohonan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Syarat-syarat mengikut jawatan adalah seperti yang berikut:
Jawatan Pegawai Kebudayaan Gred B41
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00)
atau
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00)
atau
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30)
dan
- Calon yang memiliki kelayakan di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat & Seni (B)
Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00)
atau
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan (N)
Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan (N)
Jawatan Jururawat Gred U29
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan & Kesihatan (U)
Jawatan Pereka Gred B19
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24)
dan
- Calon yang memiliki kelayakan di perenggan ii, iii, iv dan v hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahah: Lulus Ujian Khas (hanya kepada calon yang terpilih untuk ditemuduga sahaja)
Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat & Seni (B)
Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat (F)
Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
Sijil A0/A1 : RM1,435.12
Sijil A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
Sijil B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan (J)
Jawatan Pembantu Akauntan Gred W19
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kirakira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)
atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)
dan
- Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan (W)
Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11
Syarat Lantikan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 :
Lesen Kelas D : RM1264.15
Lesen Kelas E/E1/E2 : RM1310.30
Lesen Kelas F/H : RM1356.45
Lesen Kelas G/I : RM1402.60)
dan
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
dan
- Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran (H)
Cara Memohon
Permohonan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Sistem Perjawatan UUM.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Maklumat Tambahan
Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Akademi Latihan Pertahanan Awam 2023, Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.
Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Tetap Di UUM 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!