Jawatan Kosong UiTM: Pengambilan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa
Jawatan Kosong UiTM kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UiTM Ogos 2024
Maklumat Jawatan Kosong UiTM yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Bidang | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Pengajian Dan Pendidikan Islam | UiTM Kampus Kuala Pilah & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Bahasa Inggeris | UiTM Kampus Kuala Pilah, UiTM Kampus Seremban & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Statistik | UiTM Kampus Kuala Pilah | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Ekonomi | UiTM Kampus Kuala Pilah & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Tamadun Dan Pemikiran Islam | UiTM Kampus Seremban & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Kewangan | UiTM Kampus Seremban & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Bahasa Ketiga (Mandarin) | UiTM Kampus Seremban & UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Komunikasi Liberal | UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Komunikasi Instruksional Dan Latihan | UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Insuran | UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT | Pengurusan | UiTM Kampus Rembau | 15 Ogos 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UiTM bagi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Gred PTFT ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera / Bukan Bumiputera.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
- Mendapat PNGK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi untuk tahap kelayakan (Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) yang diperlukan untuk peringkat pengajaran (Diploma / Ijazah Sarjana Muda).
- Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan penulisan) dengan baik.
- Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana).
- Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh: Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak akan dipertimbangkan).
- Gaji Permulaan untuk Ijazah Sarjana Muda adalah RM2,300.00 dan Gaji Permulaan untuk Sarjana adalah RM2,800.00.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan pada ePengambilanCNS sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu pada 15 Ogos 2024 (Khamis).
Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam Sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Temuduga Terbuka Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ogos 2024,
- Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024,
- Jawatan Kosong UTM Ogos 2024,
- Jawatan Kosong SPP Ogos 2024,
- Jawatan Kosong Institusi Pendidikan MARA 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UiTM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.