Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka Tahun 2024
Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka
Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) |
Lokasi Penempatan | UiTM Cawangan Melaka |
Jadual Gaji | Sarjana Muda: RM 2,300.00 Sarjana / Doktor Falsafah: RM 2,800.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 8 November 2024 |
Fakulti dan bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Akademi / Kolej Pengajian | Bidang Pengajaran |
---|---|
Akademi Pengajian Bahasa (APB) | – Bahasa Ketiga (Mandarin) – Bahasa Inggeris |
Fakulti Pengurusan Perniagaan | – Pengurusan Pejabat dan Teknologi |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
- Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
- Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
- Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana).
- Calon yang sedang mengikuti program Sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.
- Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.
- Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan UiTM Cawagan Melaka sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu pada 8 November 2024 (Jumaat).
Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen yang berikut yang telah DISAHKAN, iaitu:
- Kad Pengenalan.
- Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf.
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci).
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sila kemukakan permohonan melalui pos kepada alamat berikut:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UiTM CAWANGAN MELAKA
KAMPUS ALOR GAJAH
KM 26, JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO TEL: 06 – 558 2438 / 2321 / 2014
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2024,
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) November 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.