Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak Tahun 2024

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak 

Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Eksekutif Gred N5
Taraf JawatanTetap
Lokasi PenempatanUiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah
Jadual GajiRM 1,650.00 – RM 6,620.00
Tarikh Tutup Permohonan23 Disember 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  5. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  6. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00); dan
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak Tahun 2024 1

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) dan setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen-dokumen berikut yang telah DISAHKAN, iaitu:

  1. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
  2. Sijil Tamat Persekolahan.
  3. Sijil SRP / PMR / PT3, MCE / SPM, HSC / STPM atau setaraf.
  4. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik / Terperinci) jika berkaitan.
  5. Semakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik dari MQA.
  6. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman / kerja / penetapan gaji.
  7. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan / Badan Berkanun / Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).

Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan permohonan boleh dihantar ke alamat seperti berikut:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO. TEL: 082 – 677 200 / 677 000

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More