Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UKM Tahun 2024

Jawatan Kosong UKM kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UKM

Maklumat Jawatan Kosong UKM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Tadbir Gred N41Kontrak1Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKMRM 2,080.00 – RM 9,585.0020 Oktober 2024
Pembantu Tadbir Gred N19Kontrak1Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), UKMRM 1352.00 – RM 4003.0020 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UKM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UKM Tahun 2024 1

Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41

Calon lantikan Jawatan Kosong UKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.
  • Berkemahiran dalam mengendalikan perisian MS Office (Word, Excel, Powerpoint).

Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Calon lantikan Jawatan Kosong UKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.
  • Berkemahiran dalam mengendalikan perisian MS Office (Word, Excel, Powerpoint).

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen dalam bentuk salinan lembut (softcopy) dan mengisi GOOGLE FORM PERMOHONAN JAWATAN KOSONG sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 20 Oktober 2024 (Ahad).

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jika calon tidak menerima sebarang maklum balas selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan permohonan, permohonan calon dianggap tidak berjaya.

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UKM Tahun 2024 2

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Urusetia
Pejabat Dekan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.
No. tel pejabat: 03-8911 8427 / 8311
u/p: Encik Mohd Najib bin Adun – ([email protected])
Encik Mohd Faizal bin Jaffar – ([email protected])

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UKM Tahun 2024 3
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UKM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UKM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More