Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UMPSA Tahun 2025
Jawatan Kosong UMPSA bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UMPSA
Maklumat Jawatan Kosong UMPSA yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Lokasi Penempatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Eksekutif Teknikal | Unit Pengurusan Risiko Jabatan Canseleri | RM 2,315.00 – RM 9,618.00 | 27 Januari 2025 |
Penolong Eksekutif Pentadbiran | Confucious Institute (CI) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa | RM 1,493.00 – RM 4,003.00 | 27 Januari 2025 |
Pembantu Eksekutif Pentadbiran | Confucious Institute (CI) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa | RM 1,352.00 – RM 5,672.00 | 27 Januari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UMPSA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Eksekutif Teknikal
Calon lantikan Jawatan Kosong UMPSA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer & Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran / kemahiran / pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Perisian seperti berikut:
- Database – Oracle , MySQL
- Programming Language – PHP ( Laravel Framework) , HTML / HTML5, JAVA, JSP
- Web Sever – Apache Tomcat
- Framework – Bootstrap
- Power BI & Canva
- Web Services API
- GitLab
- Memiliki asas metodologi pembangunan sistem (SDLC, Agile, Scrum).
- Memiliki asas yang kukuh dalam pembangunan sistem aplikasi.
- Mempunyai keperibadian yang baik, rajin dan nilai usaha yang tinggi.
Jawatan Penolong Eksekutif Pentadbiran
Calon lantikan Jawatan Kosong UMPSA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-insitusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Memiliki kemahiran serta fasih membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Mandarin.
- Memiliki kemahiran asas menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan DLL).
- Boleh bertugas di luar kawasan apabila diarahkan.
- Mempunyai lesen memandu kelas D.
- Berdisiplin, berintegriti serta mempunyai komitmen kerja yang tinggi samada bekerja secara individu atau berpasukan.
- Berketerampilan menarik, kemas dan kemahiran berkomunikasi yang baik serta berakhlak mulia dan tidak merokok.
Jawatan Pembantu Eksekutif Pentadbiran
Calon lantikan Jawatan Kosong UMPSA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Memiliki kemahiran serta fasih membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Mandarin.
- Memiliki kemahiran asas menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan DLL).
- Boleh bertugas di luar kawasan apabila diarahkan.
- Mempunyai lesen memandu kelas D.
- Berdisiplin, berintegriti serta mempunyai komitmen kerja yang tinggi samada bekerja secara individu atau berpasukan.
- Berketerampilan menarik, kemas dan kemahiran berkomunikasi yang baik serta berakhlak mulia dan tidak merokok.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan dan permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat e-mel [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 27 Januari 2025 (Isnin).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Yayasan FELDA 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) 2025,
- Jawatan Kosong UPSI 2025,
- Jawatan Kosong STDC 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025,
- Jawatan Kosong Yayasan Terengganu (YT) 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia (USM) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UMPSA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.