Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong USIM 2024

Jawatan Kosong USIM 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong USIM 2024

Maklumat Jawatan Kosong USIM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Tadbir Gred N41KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan9 April 2024
Penolong Akauntan Gred W29KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan9 April 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan9 April 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan9 April 2024
Pengawal Keselamatan Gred KP11KontrakKampus Nilai, Negeri Sembilan9 April 2024
Jawatan Kosong USIM 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong USIM 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Ringkasan tugas mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong USIM 2024 1
Jawatan Kosong USIM 2024

Ringkasan Tugas Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Pengetahuan dan pengalaman dalam pengkomersialan program akademik secara program pesisir (offshore), francais, perlesenan dan perundingan projek khas adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan).
  • Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan penawaran program akademik secara pesisir / perlesenan, penawaran program / sijil profesional, Pendidikan dan Latihan / teknikal dan vokasional (TVET), pengurusan ejen dan pembangunan dan jaminan kualiti akademik program pengkomersialan adalah suatu kelebihan (dua (2) kekosongan).

Ringkasan Tugas Jawatan Penolong Akauntan Gred W29

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan akaun amanah dan akaun khas meliputi pembukaan dan penutupan akaun, menyemak laporan, membuat operasi berkaitan seperti invois, terimaan dan jurnal pindahan serta menyediakan laporan secara berkala yang diperlukan oleh Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (satu (1) kekosongan).

Ringkasan Tugas Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan sokongan di peringkat Pusat Tanggungjawab termasuklah perihal perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pelaksanaan program, pengumpulan data dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (empat (4) kekosongan).

Ringkasan Tugas Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (tiga (3) kekosongan).
  • Pengalaman mengendalikan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan adalah suatu kelebihan.

Ringkasan Tugas Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (lima (5) kekosongan).

Cara Permohonan

Semua permohonan adalah secara dalam talian (online) di portal USIM EIRIS V2 mulai 27 Mac 2024 (Rabu).

Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment.

Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong USIM 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong USIM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong USIM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More