Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024

Jawatan Kosong UTHM bagi Ogos 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024

Maklumat Jawatan Kosong UTHM yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLokasi PenempatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Tadbir (Pengkhususan Pegawai Kawalan Trafik Udara) Gred N41Kampus Induk1 (Tetap)RM 2,325.00 – RM 9,637.0014 Ogos 2024
Pegawai Psikologi Gred S41Kampus Induk / Kampus Pagoh2 (Kontrak)RM 2,078.00 – RM 9,544.0014 Ogos 2024
Pembantu Keselamatan Gred KP19Kampus Induk1 (Tetap)RM 1,360.00 – RM 4,052.0014 Ogos 2024
Pengawal Keselamatan Gred KP11Kampus Induk / Kampus Pagoh2 (Tetap)
8 (Kontrak)
RM 1,205.00 – RM 2,939.0014 Ogos 2024
Pembantu Operasi (Pemandu) Gred N11Kampus Pagoh1 (Kontrak)RM 1,216.00 – RM 2,939.0014 Ogos 2024
Jawatan Kosong UTHM

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM bagi tahun 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024 1

Jawatan Pegawai Tadbir (Pengkhususan Pegawai Kawalan Trafik Udara) Gred N41

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi. (Gaji Permulaan Gred N41: RM 2,325.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred N41: RM 2,325.00).
  • Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
  • Lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
  • Tamat dengan jayanya kursus praperkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam, Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating.
  • Lulus pemeriksaan perubatan Aviation Medical Examination Class III seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
  • Hadir dan lulus kursus asas Kawalan Trafik Udara dalam bidang Primary Air Traffic Control dan Area Procedural Control.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang operasi dan pengurusan lapangan terbang.
  • Berkebolehan dan berpengalaman untuk menyedia dan mengemaskini Manual dan Arahan “Aerodrome.”
  • Berpengalaman dengan badan kawal selia dan agensi-agensi lain mengenai perkara-perkara berkaitan operasi lapangan terbang.

Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred S41: RM2,281.86); dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mendaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji Permulaan Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred KP19: RM1,472.80); dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan Gred KP11: RM1,205.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji Permulaan Gred KP11: RM1,205.00); dan
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan kepada calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jawatan Pembantu Operasi (Pemandu) Gred N11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTHM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan Gred N11: RM1,216.00); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji Permulaan Gred N11: RM1,262.15); dan
  • Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian diperingkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) pada Sistem Perjawatan Online UTHM sebelum atau selewatnya pada 14 Ogos 2024 (Rabu), sebelum jam 3.00 petang.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTHM Ogos 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UTHM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UTHM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More