Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM Ogos 2024

Jawatan Kosong UTM bagi Ogos 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UTM Ogos 2024

Maklumat Jawatan Kosong UTM yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Tadbir Gred NA29UTM Kuala LumpurRM 1,493.00 – RM 5,672.0014 Ogos 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred NA19UTM Kuala LumpurRM 1,352.00 – RM 4,003.0014 Ogos 2024
Pengawal Keselamatan Gred KP11UTM Kuala LumpurRM 1,205.00 – RM 2,939.0014 Ogos 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM bagi tahun 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM Ogos 2024 1

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred NA29

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred NA19

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.
  • Perokok adalah tidak digalakkan memohon.

Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon lantikan Jawatan Kosong UTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam empat (4) mata pelajaran yang lain termasuk subjek Matematik pada peringkat PT3 / PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.
  • Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki lesen memandu kelas B2/B/D.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 Ogos 2024.

Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong UTM Ogos 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UTM ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UTM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More